NikMat ILmu

Bismillah… Dengan segala puji-pujian hanya untuk Yang Maha Esa… 
Carilah ilmu sebaik-baiknya.
Ilmu itu ibarat penyuluh kehidupan. Tanpa ilmu, begitu kerdil diri kita didunia ini. Dan ilmu yang ada haruslah diaplikasikan dengan sebaiknya.. Carilah ilmu yang dapat memberi manfaat kepada kita dan manusia lain…  Bak kata pepatah, “ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah.” Inilah nikmat yang paling besar daripada Illahi kepada hambanya. Kenapa saya berkata demikian? Dimana buktinya.. Wahyu yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah “إقرأ” Bermaksud, bacalah… Jadi bertapa kita tahu bahawasanya ilmu adalah perkara utama dalam hidup ini.. Jika difikir dengan logik akal, tanpa ilmu tentang sesuatu hal, adakah kita mampu lakukannya dengan kebetulan sahaja?
Manusia yang berilmu mendapat darjat ketiga tertinggi disisi sang Pencipta.. Sebagaimana Allah Taala berfirman dalam surah Al-Imran ayat 18:
Yang bermaksud: Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang Yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga Yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.