Ilmu Pelita Hidup


Bismillah....

Ilmu pengetahuan bukan hanya untuk dicari dan dipelajari bahkan ianya wajib diamalkan… Menurut perspektif Islam, dengan cara itu dapat meningkatkan darjat hidup manusia didunia dan akhirat… Abu Musa mengatakan bahwa Nabi saw bersabda, “Perumpamaan apa yang diutuskan Allah kepadaku yakni petunjuk dan ilmu adalah seperti hujan lebat yang mengenai tanah. Dari tanah itu ada yang gembur yang dapat menerima air (dan dalam riwayat yang mu’allaq disebutkan bahwa di antaranya ada bagian yang dapat menerima air), lalu tumbuhlah rerumputan yang banyak. Daripadanya ada yang keras dapat menahan air dan dengannya Allah memberi kemanfaatan kepada manusia lalu mereka minum, menyiram, dan bertani. Air hujan itu mengenai kelompok lain yaitu tanah licin, tidak dapat menahan air dan tidak dapat menumbuhkan rumput. Demikian itu perumpamaan orang yang pandai tentang agama Allah dan apa yang diutuskan kepadaku bermanfaat baginya. Ia pandai dan mengajar. Juga perumpamaan orang yang tidak menghiraukan hal itu, dan ia tidak mau menerima petunjuk Allah yang saya diutus dengannya.” (Bukhari)

Ilmu yang tidak diiringi amalan akan membawa kepada banyak perkara negatif. Andai matlamat yang kita pegang selama ini untuk mengejar kedudukan semata-mata itu musnah, maka tidak mustahil diri kita akan terjeremus kepada perkara tidak elok, contohnya: mengalami stress hingga menyebabkan putus asa, terbabit dengan gejala sosial, seperti merokok, melepak, merempit, vandalisme, mabuk, menagih dadah bahkan membunuh diri. Hakikatnya, gagal dalam peperiksaan bukan bermakna kita sudah tewas dan tidak mampu untuk mengharungi masa hadapan… Sedarlah wahai sahabatku… Ayuhlah kita beramal dengan ilmu yang ada.. Ilmu yang diterokai kelak akan memberi pulangan lebih lumayan dalam membangunkan martabat diri kita. Dengan memiliki ilmu yang bermanfaat juga, kita akan merasa bertapa indahnya Ciptaan Illahi.

Ilmu tanpa amalan…..

Bismillah… Bersyukur ke hadrat Illahi, kerana limpah kurnianya saya masih lagi dapat berkongsi dengan pembaca-pembaca  yang budiman…. InsyaAllah…
Ilmu dan amal ibarat dua permata yang berharga. Tanpa ilmu pincanglah amal dan tanpa amal sia-sialah ilmu.

    Pujangga ada menyebut gersang bumi tanpa hujan, gersang minda tanpa ilmu, gersang jiwa tanpa amal, gersang hati kerana iman.’ Adakah kita bertanya pada diri sendiri, “Kenapakah kita wajib menuntut ilmu?” dan “kenapakah perlunya kita belajar bersungguh-sungguh?” Adakah mencukupi atau tepat dengan mengatakan kepada diri sendiri bahawa "Aku mesti belajar untuk lulus peperiksaan dengan cemerlang" atau "Kalau aku nak jadi orang yang ada kerja yang elok dan banyak duit, aku mestilah rajin ke sekolah atau kelas dan belajar rajin-rajin.” Jawapan seperti ini adalah kurang tepat  kerana hanya bermatlamatkan kecemerlangan dalam peperiksaan atau sebagai batu loncatan untuk berjaya mendapat pekerjaan pada masa hadapan. Kita ibarat telah dibudayakan untuk terlalu mengejar kedudukan nombor satu dalam kelas atau ‘dean list’ setiap semester atau deretan ‘A’ semaksimum mungkin dalam peperiksaan, ia menjadikan mereka tidak berfikir lebih jauh daripada tujuan berkenaan.
        Kita harus faham bahawa pergi ke kelas dan menuntut ilmu bukanlah sekadar menjadi rutin kehidupan harian, bahkan ia adalah salah satu kewajipan yang mesti dikerjakan oleh setiap orang Islam. Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah, ‘Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim.’ Kita wajib memahami bahawa menuntut ilmu juga diandaikan seperti berjuang menegakkan hak diri dan berjihad ke jalan Allah seperti mana hadis Rasulullah,Barang siapa keluar untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah sampailah ia kembali (Riwayat al-Tirmizi). 

NikMat ILmu

Bismillah… Dengan segala puji-pujian hanya untuk Yang Maha Esa… 
Carilah ilmu sebaik-baiknya.
Ilmu itu ibarat penyuluh kehidupan. Tanpa ilmu, begitu kerdil diri kita didunia ini. Dan ilmu yang ada haruslah diaplikasikan dengan sebaiknya.. Carilah ilmu yang dapat memberi manfaat kepada kita dan manusia lain…  Bak kata pepatah, “ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah.” Inilah nikmat yang paling besar daripada Illahi kepada hambanya. Kenapa saya berkata demikian? Dimana buktinya.. Wahyu yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah “إقرأ” Bermaksud, bacalah… Jadi bertapa kita tahu bahawasanya ilmu adalah perkara utama dalam hidup ini.. Jika difikir dengan logik akal, tanpa ilmu tentang sesuatu hal, adakah kita mampu lakukannya dengan kebetulan sahaja?
Manusia yang berilmu mendapat darjat ketiga tertinggi disisi sang Pencipta.. Sebagaimana Allah Taala berfirman dalam surah Al-Imran ayat 18:
Yang bermaksud: Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang Yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga Yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.