.....Bismillah
Kita sangat bertuah dapat mendiami bumi yang aman dan damai ini.. Dilimpahi dengan pelbagai nikmat dari Yang Maha Agung… Tidakkah kita terfikir “bagaimana andai aku di bumi Palestin?”atau “adakah aku kuat untuk menghadapi keadaan kelam kabut akibat perang?” atau “dapatkah aku bertahan sehingga sekarang?” Tidak dapat dibayangkan walaupun seketika, semua itu hanya mimpi ngeri…Oleh itu, bersyukurlah kita ke hadrat Illahi diatas kurniaanNya yang tidak terhingga ini… Andai kita alpa sedetik, tidak mustahil sepantas kilat Allah menarik kembali nikmat yang diberikan selama ini… Nauzubillah… Semoga kita semua dibawah Innayahnya….
Ingin saya kongsi bersama rakan pembaca tentang kehidupan kita didunia ini sebagai hamba yang lemah. Bukan niat untuk memberi ceramah seperti Ustazah Siti Nor Bahiyah. Ibarat bumi dan langit jika dibandingkan, tapi cukuplah sekadar memberi dan menerima atau saling mengingati sesama kita… InsyaAllah…
Kita hidup berpaksikan Iman dan Taqwa… Andai kedua itu hilang, kemanakah arah tuju kita nanti… Dimana keberkatan hidup??? Apakah matlamat kita??? Bermaknakah kita pada insan yang lain??? Sama-samalah kita renungkan… Tiada manusia yang hidup tanpa membuat kesilapan, akan tetapi janganlah kita ulang perkara buruk itu.. Jadikannya iktibar untuk masa depan yang cerah….
Allah memberi kita pelbagai nikmat di dunia ini.. Tidak terhitung jika dibilang dengan dua puluh jari jemari… Apakah nikmat itu?? Adakah kita sedar??? Atau hanya membuta hati untuk mengiyakannya… Atau bermonolog dalam hati “aku berusaha untuk berjaya tanpa bantuan sesiapapun, aku seorang diri berpenat lelah untuk meraih kesenangan hidup,jadi aku berhak untuk mendapat kemewahan, dan aku memang layak untuk dipuji dan disanjung oleh orang ramai. ” Tanpa kita sedar, Dialah disebalik semua itu… Allah yang membuka jalan untuk kita mendapat sesuatu itu, meraih dan merasai kemewahan….
Jangan kita angkuh dengan apa yang kita ada.. Sebaliknya berkongsilah walaupun sedikit… Usaha+Doa=Tawakkal… Itulah sebaik-baik formula yang harus kita pengang bersama dalam mengharungi kehidupan ini… Nikmat yang diberi olehNya sama-samalah kita hargai..